BAGAIMANA HENDAK BERHENTI

Mulakan perjalanan berhenti merokok ini dengan kami dan kami akan membawa anda ke laluan yang lebih mudah dengan petua-petua berikut.

UBAT BANTU BERHENTI MEROKOK

Menggunakan ubat bantuan berhenti merokok seperti Terapi Penggantian Nikotin (Nicotine Replacement Therapy, NRT) untuk membantu anda berhenti merokok boleh meningkatkan peluang untuk berjaya. Ubat bantuan ini juga boleh mengawal ketagihan yang kuat dan mengurangkan simptom penarikan. Doktor atau ahli farmasi boleh membantu menyesuaikan pelan berhenti merokok bersama-sama dengan penggunaan ubat bantuan berhenti merokok.
Terapi Penggantian Nikotin (NRT)
Terapi Penggantian Nikotin berfungsi untuk mengurangkan kesan ketagihan nikotin ketika proses berhenti merokok. Ia menyalurkan nikotin ke dalam badan dalam kadar yang terkawal. NRT terdapat dalam pelbagai bentuk seperti tampalan transdermal dan gula getah oral.
Tampalan transdermal
Menyediakan sokongan sepanjang hari dengan membantu melegakan simptom penarikan
Gula getah oral
Memberikan kawalan yang pantas apabila ketagihan yang kuat menyerang
Ubat bantuan berhenti merokok boleh dipilih sama ada dengan menggunakan tampalan transderma atau gula getah oral. Bagi perokok tegar atau mereka yang gagal berhenti sebelum ini, gabungan kedua dua bentuk NRT (tampalan dan gula getah) telah terbukti meningkatkan kadar kejayaan.
NRT boleh didapati tanpa preskripsi dari farmasi. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk anda menjalankan penilaian awal berhenti merokok dengan profesional kesihatan untuk menentukan dos yang sesuai.
Ubat tanpa nikotin
Ubat tanpa nikotin terdapat dalam bentuk pil. Ia merangsang kawasan otak yang sama seperti nikotin. Ia membantu mengurangkan ketagihan ketika proses berhenti merokok. Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan nasihat daripada profesional kesihatan.
Tingkatkan peluang anda untuk berhenti merokok 5X* lebih tinggi berbanding keazaman diri melalui perkhidmatan mQuit.
Perkhidmatan mQuit = Pelan Berhenti Merokok + Ubat Bantuan Berhenti Merokok
Sutherland, G. Smoking: Can we really make a difference? Heart. May 2003.