BAGAIMANA HENDAK BERHENTI

Mulakan perjalanan berhenti merokok ini dengan kami dan kami akan membawa anda ke laluan yang lebih mudah dengan petua-petua berikut.

KEAZAMAN DIRI

Berhenti merokok dengan keazaman diri atau kaedah secara serta-merta (cold-turkey) adalah kaedah yang dilakukan oleh kebanyakan perokok apabila mereka membuat keputusan untuk berhenti. Walaupun ini adalah tindakan yang terpuji, ketagihan dan simptom penarikan yang dialami perokok dalam tempoh yang panjang menyebabkan mereka kembali merokok.
Tingkatkan peluang anda untuk berhenti merokok 5X* lebih tinggi berbanding keazaman diri melalui perkhidmatan mQuit.
Perkhidmatan mQuit = Pelan Berhenti Merokok + Ubat Bantuan Berhenti Merokok
Sutherland, G. Smoking: Can we really make a difference? Heart. May 2003.