BAGAIMANA HENDAK BERHENTI

Mulakan perjalanan berhenti merokok ini dengan kami dan kami akan membawa anda ke laluan yang lebih mudah dengan petua-petua berikut.
Pilih “rakan” seseorang yang akan berada di sisi anda untuk menggalakkan dan menyokong anda.
Senaman dan berjalan pantas akan membantu anda bertenang!
Buangkan barangan berkaitan dengan rokok di rumah.
Gunakan wang yang dijimatkan untuk diri sendiri.
Ketika mengalami tekanan, ingatlah bahawa setiap hari yang anda lalui tanpa rokok akan menyebabkan badan anda menjadi lebih sihat. 
Umumkan bahawa anda hendak berhenti merokok dan dapatkan galakan mereka. 
Jika anda menggunakan produk Terapi Penggantian Nikotin pastikan anda sentiasa memilikinya.
Segera menawarkan diri untuk membasuh pinggan selepas makan!
Berus gigi sebaik sahaja anda bangun tidur dan selesai makan. 
Tukar rutin anda apabila bangun di waktu pagi. 
Pergi ke kedai kopi dan tempat awam lain yang mempunyai dasar bebas asap rokok.
Mengunyah gula getah tanpa gula, atau sayur-sayuran segar.